Make your own free website on Tripod.com


PRINSIP PERANCANGAN LUAR BANDAR


DOKTRIN PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN SEJAGAT

Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat (DPPS) menekankan kepada tiga perhubungan iaitu: Hubungan Manusia dengan Pencipta; Hubungan Manusia dengan Manusia; dan Hubungan Manusia dengan Alam Sekitar. Rajah 1.0 menunjukkan pertalian ketiga-tiga hubungan tersebut di mana integrasi nilai kerohanian di dalam perancangan dan pembangunan menjadi asas utama teras doktrin ini. Seterusnya perhubungan ini juga menjadi asas pembangunan sesuatu masyarakat termasuklah masyarakat luar bandar.

• Hubungan Manusia dengan Pencipta
“Fokus segala aktiviti kehidupan dan kemasyarakatan kepada perhubungan ini akan memupuk dan memperkukuhkan sifat ketakwaan manusia kepada Penciptanya."

• Hubungan Manusia dengan Manusia
Falsafah baru pembangunan luar bandar yang memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia adalah sejajar dengan hubungan tersebut yang mana pembangunan insan dan pembangunan masyarakat menjadi fokus utama dalam setiap usaha pembangunan.

Hubungan seperti ini menjadi lebih penting lebih-lebih lagi dalam konteks pembangunan kampung disebabkan skala dan jumlah penduduk yang jauh lebih kecil berbanding dengan bandar. Justeru itu, perancangan perlu lebih berkesan bagi memenuhi citarasa dan keperluan setiap anggota masyarakat yang lebih mudah dikenalpasti kerana “di peringkat kampung setiap orang semestinya mengenali ahli anggota masyarakat yang lain.”

Secara teorinya, perancangan pembangunan boleh mewujudkan persekitaran kehidupan bermasyarakat yang lengkap, memupuk semangat kejiranan/kerjasama serta menggalakkan interaksi di kalangan masyarakat setempat. Kekuatan seperti ini yang lazimnya telah wujud di peringkat kampung sepatutnya boleh digunakan untuk menjayakan pembangunan projek/aktiviti di sesebuah kampung tersebut.

• Hubungan Manusia dengan Alam Sekitar
Doktrin ini sememangnya relevan dengan perancangan dan pembangunan di peringkat kampung kerana perhubungan manusia adalah ‘lebih rapat’ dengan persekitaran semulajadi yang menjadi salah satu ciri kawasan kampung. Manusia yang dipertanggungjawabkan sebagai pentadbir mukabumi ini seharusnya lebih peka dan sensitif terhadap persekitarannya di peringkat ini. DPPS ini merupakan asas penting bagi pembangunan masyarakat mampan. Lima prinsip berikut menjadi tunjang kepada doktrin tersebut:

• Sifat menyeluruh
• Manusia sebagai fokus pembangunan
• Aktiviti banyak dimensi
• Perubahan kuantitatif dan kualitatif

Penggunaan dan pengagihan sumber dengan saksama dalam merumuskan garispanduan dan membuat keputusan, tindakan bagi melaksanakan semua aktiviti sama ada oleh orang awam, ahli perancangan pembangunan ataupun penggubal dasar, prinsip-prisip perancangan sejagat yang berasaskan nilai-nilai murni sejagat mengikut ketiga-ketiga hubungan dalam DPPS perlu diterapkan.

KONSEP PEMBANGUNAN LUAR BANDAR YANG MAMPAN

Selaras dengan DPPS dan Visi Luar bandar, garispanduan perancangan ini telah mengambilkira penilaian konsep pembangunan mampan bagi kawasan luar bandar. Konsep pembangunan mampan ini diberi penekanan untuk memastikan pembangunan kampung-kampung di luar bandar adalah berterusan dan berdaya maju. Konsep pembangunan mampan harus memberi penekanan kepada empat kriteria berikut:

i. Alam sekitar mampan (environmentally sustainable) – bermaksud pemeliharaan habitat semula jadi, flora dan fauna bagi kawasan-kawasan luar bandar perlu diberi perhatian dan sebarang aktiviti luar bandar perlu dilaksanakan dengan mengambilkira halangan-halangan sumber-sumber semula jadi yang ada.

ii. Ekonomi mampan (economically sustainable) – projek-projek luar bandar seharusnya berdaya maju dari segi ekonomi, boleh dilaksanakan dari segi kewangan dan pada masa yang sama berfaedah kepada golongan sasaran. Dalam erti kata lain, projek-projek berkenaan harus mewujudkan peluang pekerjaan dan menambah pendapatan keluarga.

iiii. Sosial mampan (socially sustainable) – program-program pembangunan desa perlu memasukkan pembangunan sumber manusia seperti latihan usahawan dan kemahiran untuk memenuhi perubahan sosial terhadap kemajuan.

iv. Teknologi mampan (technologically sustainable) – akses dan kegunaan teknologi dalam pelajaran dan pekerjaan luar bandar boleh dibuat melalui dasar-dasar dan program kerajaan.