Make your own free website on Tripod.com


SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS)
Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dewasa ini sektor perancangan desa juga tidak ketinggalan menerokainya dengan perbagai cara. Salah satu daripadanya ialah dengan menggunakan applikasi Sistem Maklumat Geografi atau lebih dikenali sebagai 'Geographic Information System (GIS)'. GIS adalah aplikasi menggunakan komputer yang dilengkapi dengan program perisian yang menggunakan teknologi terkini yang pantas disamping mempunyai paparan cartografik yang menarik.

Pada dasarnya GIS boleh digunakan untuk menyelesaikan perbagai pertanyaan yang biasa dikemukakan seperti apa, mengapa, bila, di mana dan siapa bagi menghadapi suatu fenomena, masalah atau cara bertindak. Hasil dan jawapan dari pertanyaan tersebut dapat digambarkan melalui peta beserta informasi yang diperlukan samada dalam bentuk digital ataupun cetakan (hardcopy), selain itu GIS juga mempunyai beberapa keistimewaan diantaranya ialah mebenarkan penggunya memanipulasi dan mengemaskini data, membantu didalam pengendalian operasi dan pemantauan dan seterusnya memudahkan pengguna membuat keputusan. (decision making).

Dalam perancangan bandar kususnya rancangan desa GIS dapat dimanfaatkan untuk menghasilkan peta yang mempunyai maklumat-maklumat asas yang penting tentang kedudukan sebenar sesuatu kawasan kampung (koordinat X dan Y). Ini termasuklah lokasi kawasan kampung, keluasan, jalan, sungai, kontor, institusi dan sebagainya. GIS juga boleh digunakan untuk menentukan kawasan-kawasan sensitif seperti kawasan yang curam yang tidak sesuai untuk perletakan sesuatu institusi contohnya sekolah.
Sebelum adanya aplikasi GIS ini semua kerja-kerja pemetaan dibuat secara manual dan data-datanya juga disimpan dalam bentuk cetakan 'hard copy' tetapi dengan adanya teknologi terkini ini, peta dan data dapat di simpan secara digital dalam satu pangkalan data (database) yang membolehkan pengguna mengemaskini dan mengeses data pada bila-bila masa.Maklumat-maklumat di dalam pangkalan data GIS ini juga boleh digunakan untuk tujuan perancangan.

Selain daripada aplikasi GIS, intergrasi antara aplikasi Penderiaan Jauh (Remote Sensing) dan Sistem Penentududukan (Global Positioning System-GPS) juga digunakan secara meluas kini supaya maklumat yang dihasilkan akan menjadi lebih tepat dan berinformasi. Secara keseluruhannya penggunaan teknologi-teknologi ini yang 'user friendly' boleh meningkatkan cara dan mutu kerja, perolehan data dengan cepat dan menjimatkan masa seterusnya membantu pegawai yang berkaitan membuat keputusan di dalam pemantauan dan pengurusan perancangan desa secara mapan dan berkesan.


Mari Mengenali GIS


“a powerfull set of tools for collecting, storing, retrieval at will, transforming and display spatial data from the real world” (Burrough, 1986)
A system for handling data which is directly or indirectly spatial referenced to the earth. It may be used for capturing, storing, validating, maintaining, manipulating, analysing, displaying or managing such data. It is normally considered to involve a spatial referenced computer database and appropriate software. A primary function of a GIS is the ability to integrate data from a variety of sources” (AGI 89).
GIS ialah sistem berasaskan komputer yang direkabentuk untuk menyokong perolehan, penyimpanan, pengolahan, penganalisaan dan pemaparan data ruang. .

Keperluan dan Faedah GIS
Kelebihan menggunakan GIS berbanding dengan sistem manual Data bentuk digital membolehkan di simpan dengan lebih padat
Dapatan kembali data boleh dibuat dengan kerap dan pantas
Maklumat dapat ditambah nilai dengan lebih mudah
Berkeupayaan membuat analisis komponen ruang dan tidak ruang dengan bersepadu
Mampu menganalisis beberapa jenis data dengan sekali gus
Berkebolehan membuat analisis yang kompleks
Dapatan kembali maklumat tak ruang boleh dibuat memelalui kedudukan objek
Pengetahuan geografi dapat dipaparkan dalam bentuk baru yang lebih memberangsangkan
Proses leleran dalam senario perancangan boleh dilakukan dengan lebih mudah.

Kegunaan GIS
Menjawab soalan berikut:
What is at ….?
Where is it ... ?
How has it changed ….?
Which data are related ….?
What if ….?
Where to ……?
Seterusnya membuat keputusan

Konsep GIS
Desktop GIS: What it is and what it does
This is it & how it works
Asked question getting the answer
Making information presentable
What you need to know about data
Fungsi GIS

Teknologi Berkaitan
GIS berkait rapat dengan beberapa sistem maklumat yang lain.
Desktop Mapping
CAD (computer-aided design)
DBMS (database management system)
Remote Sensing
GPS (global positioning systems)
Komponen GIS


Imej Satelit Spot
Imej Satelit Landsat-TM

Imej Satelit Quickbird


Kaedah menentukan dimana anda berada…
Alamat , Penanda, Bangunan
Jarak dan bearing dari satu Penanda
Sistem rujukan koordinat
“WGS84 is the global geodetic datum to which all GPS positioning information referred”
“It is an earth-centred earth-fixed cartesian coordinate system”