OBJEKTIF PEJABAT PROJEK KUALA LUMPUR.

Objektif utama Pejabat Projek Kuala Lumpur (PPKL)
di bawah Program Perancangan Pelan-pelan Pembangunan
adalah untuk mewujudkan satu sistem sosio-ekonomi dan
fizikal yang kukuh serta seimbang bagi semua
penempatan manusia di Negara ini.

Bagi menyokong objektif umum PPKl,
objektif operasi adalah seperti berikut :
I. Menyediakan rancangan Struktur Negeri
bagi Negeri Selangor dan Perak.
II. Menyediakan rancangan Tempatan bagi
setiap daerah di Negeri Selangor dan Perak.
III. Menyediakan rancangan Pembangunan Daerah
di Negeri Selangor dan Perak.
IV. Menyediakan Rancangan Pembangunan Desa
bagi Negeri Selangor dan Perak.
V. Menyediakan Kajian-kajian Projek Khas
di Negeri Selangor dan Perak.


FUNGSI DAN STRUKTUR ORGANISASI PPKL

Jabatan Pejabat Projek Kuala Lumpur
adalah menyediakan rancangan-rancangan pembangunan
iaitu rancangan Struktur Negeri( RSN ),
Rancangan Tempatan (RT), Rancangan Pembangunan Daerah (RPD)
dan Rancangan Desa (RD) bagi Negeri Selangor dan Perak.

PIAGAM PELANGGAN PEJABAT PROJEK KUALA LUMPUR

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Pejabat
Pengurusan Bahagian Rancangan Pembangunan
dan Pejabat Projek Kuala Lumpur dengan ini memberi komitmen
bahawa :-

I. Setiap rancangan struktur Negeri akan disiapkan dalam tempoh 24 bulan.
II. Setiap rancangan tempatan akan disiapkan dalam tempoh 20-24 bulan.
III. Setiap Rancangan Desa akan disiapkan dalam tempoh 2-8 bulan.

Kami memastikan kualiti keberkesanan kos setiap rancangan
yang disiapkan selaras dengan Akta Perancangan Bandar dan
Desa 1976 (Akta 172), Akta 172 Pindaan (Akta A933 dan Akta A1129)
serta menepati dasar-dasar semasa kerajaan.

Make your own free website on Tripod.com