Make your own free website on Tripod.com

Berita dari PPKL


Bapa kepada En. Mohd Nasir bin Dato' Shaari Ketua Unit 5 Pejabat Projek K. Lumpur telah kembali ke Rahmatullah di tempat kediamannya di Alor Star Kedah pada pagi 18 Mei 2004. Empat anggota di bawahnya telah pergi ke Alor Star untuk menziarahi bagi mengucapkan takziah kepada keluarga En. Nasir.
Pihak KMT PPKL juga tidak ketinggalan bagi mengucapkan takziah dan semoga En. Nasir dan keluarga dikurniakan kesabaran serta berdoa semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama para syuahada dan solihin. Aminnnnnn

Seramai tiga orang pegawai dari Unit 7 bersama-sama 13 perserta lain dari PPKL telah pergi Ke Kelantan kerana menyertai sukan SUKNA yang diadakan di Kubang Kerian pada 17 hingga 19 Mei 2004. Peserta dari PPKL adalah mewakili Pasukan Zon Tengah yang berazam untuk mempertahankan kejuaraan.

Seramai tiga orang pegawai dari Unit 7 bersama-sama 13 perserta lain dari PPKL telah pergi Ke Kelantan kerana menyertai sukan SUKNA yang diadakan di Kubang Kerian pada 17 hingga 19 Mei 2004. Peserta dari PPKL adalah mewakili Pasukan Zon Tengah yang berazam untuk mempertahankan kejuaraan.

Kontenjen Zon Tengah telah berjaya menjadi juara keseluruhannya, sekali gus mempertahankan kejuaraanya yang dimenangi pada SUKNA yang lalu. Shabas diucapkan kepada semua peserta-peserta serta para penyokong dari Zon Tengah yang telah berusaha sehingga berjaya menjadi juara.
SUKNA yang akan datang akan diadakan di Johor Baharu.

Pada Hari Khamis bersamaan 3 Jun 2004 sebahagian besar warga PPKL hadir dalam majlis perhimpunan bulanan yang diadakan di kawasan letak kereta di Ibupejabat JPBD Jalan Cenderasari, K. Lumpur yang bermula jam 8.15 pagi. Bahagian RFN menjadi penganjur bagi majlis tersebut. Ketua Pengarah JPBD YB Dato' Haji Mutallib Jelani dalam ucapannya menyentuh sedikit insiden yang berlaku dalam perasmian SUKNA yang lepas dan mengingatkan kepada semua supaya mengambil pengajaran dan lebih bersedia supaya perkara begini tidak berulang lagi. Disamping itu beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta kontinjen Zon Tengah yang berjaya mempertahankan kejuaraannya.
Dalam ucapannya beliau mengumumkan akan persaraan En. Lee Ton Choi yang bermula 9 Jun 2004 ini sambil mengucapkan terima kasih atas sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di Jabatan ini.

Seramai 5 orang anggota Unit7 PPKL telah mengadakan lawatan kerja ke enam buah kampung di Daerah Klang pada 9 Jun 2004. Kampung-kampung tersebut ialah Kg. Kuantan, Kg. Jawa, Kg. Raja Uda, Kg. Bagan Hailam, Kg. Perepat dan Kg. Bukit Kerayong. Tujuan lawatan ialah untuk meninjau keadaan sebenar kampung yang dikategorikan sebagai maju, sederhana maju, mundur sebagaimana laporan "GARIPANDUAN PENENTUAN STATUS KAMPUNG DAERAH KLANG" yang telah disediakan oleh pihak perunding.

En. Mohd Ali Abu Bakar Ketua Unit 7, Pejabat Projek K. Lumpur telah selamat menjalani pembedahan Appendix di HUKM Cheras pada 15/03/2005.Beliau kini sedang bercuti sakit sehingga 31/03/2005 dan berehat di rumahnya di Saujana Impian Kajang. Bersama-samalah kita berdoa semoga beliau segera sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa.

Pada 3/8/2005 Cik NurulAim bt Abd Azis anggota baru yang bertugas sebagai Juruteknik di unit 7 mula menjalani kursus induksi bertempat di Sg. Chongkak Hulu Langat bersama-sama 10 orang anggota lain dari PPKL. Kursus yang berakhir pada 15/8/2005 adalah kursus wajib yang perlu dihadiri kepada setiap anggota yang berkhidmat dengan kerajaan sebagai prasyarat pengesahan jawatan.

Unit 7 telah menerima kedatangan dua anggota barunya iaitu En Norhiysam bin Mohamad dan Pn. Embun bt Mohamad. En. Norhiysam yang memegang jawatan Juruteknik Perancang Bandar sebelum ini bertugas dengan perunding ANEKADUTA telah mengambil alih tugas En Norhadzmi yang bertukar ke Kementerian Wilayah Persekutuan Putrajaya mulai 16/8/2005. Manakala Pn Embun yang berpengalaman hampir 25 tahun sebagai Peluki Pelan bertukar dari Kementerian Wilayah Persekutuan ke PPKL.
Diucapkan selamat datang ke Unit 7 dan menjadi warga PPKL kepada mereka berdua.

Unit 7 PPKL sedang menjalankan Kajian Profil Fizikal Kampung bagi negeri-negeri seluruh semenanjung kecuali Negeri Sembilan. Sebagai projek perintis kajian telah dimulakan dengan Negeri Selangor dan Perak.
Sejumlah sebelas perunding telah dilantik bagi menjalankan kajian tersebut yang dibahagi-bahagi mengikut negeri dan daerah berdasarkan bilangan kampung. Kajian yang dijangka selesai Bulan Oktober nanti bertujuan untuk mengumpulkan maklumat asas sesebuah kampung seperti jenis kampung, corak, keadaan fizikal, kemudahan masyarakat, infrstruktur dan sebagainya. Hasil kajian dapat menentukan tahap pembangunan dan sosio sesebuah kampung samada maju, sederhana atau kurang berdaya maju dan ini berguna untuk perancangan akan datang.